(CAHAYA FOKUS) ---- (KHAT MODEN) ---- (KHAT DIGITAL 1) ---- (KHAT DIGITAL 2)

Saturday, 23 May 2009

Khat Mengukuhkan Keyakinan Terhadap Al Qur'an

Gambarajah graf kordinat diatas menunjukkan kedudukan titik-titik kordinat. Perhatikan taburan titik-titik kordinat yang membentuk kelompok titik yang menarik, ianya tidak bertaburan secara tidak menentu dimerata graf. Titik-titik itu berada dalam paten yang sistematik. Pada bahagian bawah saya paparkan beberapa khat yang dihasilkan mengguna komputer dan berpandukan titik-titik kordinat ini. Perhatikan paksi-paksi X dan Y pada graf kordinat ini, surah 1 sehingga surah ke 114 menjadi unit pada paksi X dan disusun secara 'reverse order' menurut cara penulisan bahasa Arab iaitu dari kanan ke kiri manakala jumlah ayat pada setiap surah diletakkan pada paksi Y dimana unitnya dari no 1 sehingga jumlah ayat terbanyak iaitu 286 (surah Al Baqarah). Inilah yang saya maksudkan Khat Moden atau ianya lebih tepat dipanggil Khat Al-Qur'an. Penghasilan khat ini memerlukan ketepatan tinggi pada setiap kedudukan titik-titik kordinat. Untuk itu, penggunaan aplikasi berkomputer telah membantu menghasilkan titik-titik pada graf "cartesian coordinate" yang tepat.Grafik khat ini juga mengguna aplikasi 'Neural Network' untuk menentukan garisan lengkungan antara titik-titik kordinat tersebut. Grafik khat ini muncul selaras dengan kemajuan ilmu hisab dan teknologi komputer. Penggunaan aplikasi-aplikasi komputer yang canggih ini membolehkan penghasilan grafik khat ini. Aplikasi vektor grafik juga membantu dalam penghasilan grafik ini.
Dengan ini, grafik khat nama "Allah" dan "Muhammad" ini ditentukan oleh Al quran melalui dua kaedah iaitu ilmu hisab (sistem kordinat) dan teknologi perisian komputer untuk menghasilkan bentuk khatnya.

Grafik khat ini membuktikan kebenaran bahawa Al Quran adalah wahyu Allah bukan rekaan yang diada-adakan oleh Nabi Muhammad SAW. Pada masa yang sama khat ini juga meningkatkan ketinggian nilai seni khat Islam serta dapat memperkukuhkan keyakinan umat Islam terhadap Al Qur'an. Bagi mereka yang meragui Al Quran, wajarlah memerhatikan khat ini dan hendaklah memikirkannya samada hendak terus meragui kebenaran Al Quran itu dari Allah atau meyakini bahawa Al Quran adalah benar dari Allah. Sila perhatikan juga di blog rekaan banting.


Khat ini membawa pemikiran kita memikirkan tanda-tanda Keagungan dan Kebesaran Allah SWT yang memelihara Al Quran. Tidaklah mungkin Nabi Muhammad SAW dapat membuat atau menghasilkan bilangan surah dan jumlah bilangan ayat pada surah yang akhirnya merupakan titik-titik kordinat yang boleh digunakan untuk menghasilkan khat nama Allah dan namanya. Ini adalah mustahil samasekali, apatah lagi pada 1400 tahun tidak wujud sistem kordinat dalam ilmu hisab dan tiada komputer. Ianya ditemui pada zaman kecanggih ilmu hisab dan setelah wujudnya komputer.

Akhirnya pemikiran kita menuju kepada kesimpulan “Tiada Tuhan Selain Allah”, dan menerima akan kebenaran Al Quran dari Allah dan sekaligus menerima Nabi Muhammad s.a.w sebagai pesuruh Allah tanpa keraguan.

Rekaan khat dibawah berlatarbelakang grafik yang menarik merupakan gabungan khat dan teknologi komputer.


































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Graf Kordinat

Graf Kordinat